Blog ini adalah khusus untuk pelayar-pelayar internet yang ingin mengetahui dengan lebih lanjut mengenai bahan-bahan penerbitan Unit Penerbitan MAIK.Di samping itu, pihak kami juga berharap dapat meneruskan agenda dakwah melalui alam siber yang semakin canggih dari sehari ke sehari...Selaku Ketua Unit Penerbitan, saya amat mengalu-alukan sebarang cadangan dan respon yang memberangsangkan ke arah memartabatkan ad-Deen kita di martabat yang tertinggi.Saya memetik tulisan Syeikh Ali al-Thanthawiy:"Telah banyak saya menulis, menyeru dan mengajak umat Islam untuk membangunkan akhlak, menjunjungi budi pekerti yang mulia, membanteras segala bentuk kerosakan jiwa, mengawal nafsu syahwat serta melawan dan membanteras keruntuhan moral.Semua itu telah saya sampaikan, samada melalui penulisan atau ceramah. Hinggakan, pena saya menjadi tumpul dan lidah saya menjadi kelu. Namun, terlalu kecil hasil yang saya perolehi. Tetapi, saya tidak rela membiarkan kemungkaran tetap berterusan tanpa ada yang menghalangnya. "Tertarik dengan kata-kata beliau, saya merasakan adalah suatu kewajipan yang pasti bagi setiap individu Muslim meyeru kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran tanpa ada rasa putus asa.InsyaAllah.
Pengasuh merupakan majalah yang tertua di Asia Tenggara yang masih terbit pada hari ini dengan mengekalkan identitinya sebagai majalah tulisan jawi sarat dengan informasi ilmiah untuk bacaan umum.
Adakah anda pembaca majalah Pengasuh? Jika tidak, kenapa?
PETIKAN TERJEMAHAN AL-QURAN
“Dan di dalam Syurga-Syurga itu ada bidadari-bidadari yang sopan, menundukkan pandangannya, tidak pernah disentuh oleh manusia sebelum mereka (penghuni-penghuni Syurga yang menjadi suami mereka) dan tidak pula oleh jin.” (Ar-Rahman : 56)
Dapatkan buku-buku keluaran MAIK dengan segera!
Sila hubungi Unit Penerbitan MAIK di talian 09-7481512 (samb.223/249) untuk membuat pesanan.
No comments:
Post a Comment